Kepentingan Tidur Yang Cukup Kepada Manusia

posted in: Kesihatan | 0

Tidur adalah satu cara merehatkan diri secara semula jadi yang dialami oleh setiap makhluk hidup. Menurut Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerik Syarikat, tidur yang disyorkan bagi orang dewasa adalah selama lapan hingga sembilan jam manakala bagi kanak-kanak dan remaja adalah antara sembilan hingga sebelas jam. Tidur yang cukup membantu untuk kecergasan mental, daya ingatan dan penyelesaian masalah, serta meningkatkan kesihatan, dan mengurangkan risiko kemalangan. Selain itu tidur yang cukup juga berfungsi untuk:

 

tidur-cukup
Image kredit healthyhappysleep.com
  1. Menjamin sistem imunisasi badan
  • Jika manusia tidak mendapat tidur yang cukup, sistem imunisasi akan terganggu dan mudah mendapat penyakit, contohnya selesema.
  • Semasa tidur, sel-sel badan akan berehat dan memperbaiki strukturnya.
  • manusia perlu mendapat tidur yang cukup bagi memastikan sel-sel badan dapat berfungsi dengan baik.
  • Tidur yang cukup juga mempengaruhi kadar pengeluaran hormon oleh seseorang (pengeluaran hormon yang tidak normal meningkat risiko diabetes, aterosklerosis, tekanan darah tinggi dan osteoporosis.)
  • kurang tidur akan menyebabkan pengurangan sel-sel darah putih dan menjejaskan sistem imun.
  • Sel-sel pembunuh semula jadi dalam sistem imun kita turut terjejas akibat kurang tidur.

 

  1. Mengurangkan tekanan dan meningkatkan produktiviti
  • Stres membuatkan anda kurang cekap, tidak terurus dan kelam-kabut
  • Otak dapat berehat kerana tidak aktif dan tidak perlu memprosesterlalu banyak maklumat.
  • Tidur yang cukup menyalurkan oksigen yang cukup kepada otak.
  • Dapat melegakan badan dan mencergaskan minda.
  • Memastikan kadar denyutan jantung berada dalam keadaan stabil, dapat melegakan tekanan.

 

  1. Meningkatkan kebolehan mempelajari dan mengingati sesuatu perkara setiap hari.
  • Membantu minda dalam pengumpulan dan mengingati pembelajaran seharian
  • membantu kembali cergas
  • otak lebih segar danboleh berfikir dengan cepat dan tepat.
  • kekurangan waktu tidur menyebabkan hilangnya IQ dan ingatan, dan kemampuan bernalar
  • mengekalkan pusingan biologi yang sihat-menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca

 

  1. Mengekalkan kesihatan badan.
  • Kadar denyutan jantung berada dalam keadaan stabil.
  • mengurangkan risiko Kanser
  • Mengekalkan metabolic badan yang normal
  • Memastikan pembuangan toksin dijalankan dengan lancar.
  • Mengembalikan dan menyegarkan kembali tubuh serta fikiran

Sumber
Rujukan

Leave a Reply