Langkah-langkah mengatasi masalah kesukaran tidur

posted in: Kesihatan | 0

susah-tidur

Tidur yang cukup penting untuk memastikan hidup anda sentiasa sihat dan ceria. Setelah penat seharian bekerja, tidur merupakan denstinasi terakhir sebagai pengakhiran hari yang sempurna. Namun ia akan menjadi perosak jika anda gagal melelapkan mata walaupun sudah beberpa jam berbaring di atas katil. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh anda untuk mengatasi masalah kesukaran tidur:

1. Pengamalan pemakanan yang sihat

• Ikan Salmon-Lemak yang terkandung dalam ikan salmon (docosahexaenoic acid, atau disingkat DHA) dapat meningkatkan hormon melatonin, iaitu hormon yang dapat membuatkan anda mengantuk.
• Kacang buncis dan kacang-kacang lain adalah sumber vitamin B yang baik, termasuk B6 dan B12 yang membantu tubuh menghasilkan hormon serotonin atau hormon yang membawa perasaan tenang dan rileks. Kajian mendapati bahwa peningkatan vitamin B dalam badan dapat menjadi penawar bagi mereka yang mengalami insomnia
• Yogurt adalah sumber kalsium dan magnesium yang baik. Keduanya adalah sumber penting untuk menberi anda tidur lebih berkualiti. Sumber mineral tersebutlah membantu anda tidur lebih cepat. Jika kekurangan kalsium dan magnesium, tubuh akan mengalami krem otot, meningkatkan stres lebih tinggi dan menjadikan masalah tidur menjadi lebih buruk
• Sayuran berdaun hijau gelap adalah sumber zat besi yang baik. Zat besi terbukti dapat membantu tubuh melindungi dari serangan (sindrom kaki resah).
2. Pastikan bilik tidur anda dalam keadaan selesa
• Bagi sesetengah orang, pergerakan, cahaya atau bunyi yang sedikit pun mampu untuk membuatnya terjaga
• tenang, gelap
• menggunakan penutup telinga, langsir, penghawa dingin atau sebagainya untuk mencipta persekitaran tidur yang ideal.
• Suhu bilik yang paling sesuai untuk anda tidur adalah sekitar 20 hingga 22 darjah celcius.
• Melegakan minda dan membantu untuk tidur.

3. Amalan sebelum masuk tidur
• Mandi air suam – ia juga dapat melepaskan ketegangan dan menyegarkan fikiran anda. Selepas mandi terutama dengan air panas, anda mungkin merasa mengantuk.
• Minum susu suam- Susu banyak mengandung hormon tryptophan yang dapat menimbulkan rasa gantuk dan membantu tidur lebih nyenyak.
• Membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan ringan seperti majalah.
• Mendengar muzik yang menenangkan minda.
• Elakkan minum kafein- merangsangkan otak dan system saraf-kesukaran tidur
• Bersenam secara teratur tetapi bukan terlalu ekstrim sebelum tidur

4. Berjumpa dengan doctor pakar.
• Memeriksa anda dan mengenalpasti punca masalah
• diberikan pil tidur atau dirujuk kepada pakar sakit jiwa
• Jangan mengambil pil tidur tanpa nasihat doktor.
• Menyelesaikan masalah psikologi

 

Sumber asal

Kepentingan Tidur Yang Cukup Kepada Manusia

posted in: Kesihatan | 0

Tidur adalah satu cara merehatkan diri secara semula jadi yang dialami oleh setiap makhluk hidup. Menurut Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerik Syarikat, tidur yang disyorkan bagi orang dewasa adalah selama lapan hingga sembilan jam manakala bagi kanak-kanak dan remaja adalah antara sembilan hingga sebelas jam. Tidur yang cukup membantu untuk kecergasan mental, daya ingatan dan penyelesaian masalah, serta meningkatkan kesihatan, dan mengurangkan risiko kemalangan. Selain itu tidur yang cukup juga berfungsi untuk:

 

tidur-cukup
Image kredit healthyhappysleep.com
  1. Menjamin sistem imunisasi badan
  • Jika manusia tidak mendapat tidur yang cukup, sistem imunisasi akan terganggu dan mudah mendapat penyakit, contohnya selesema.
  • Semasa tidur, sel-sel badan akan berehat dan memperbaiki strukturnya.
  • manusia perlu mendapat tidur yang cukup bagi memastikan sel-sel badan dapat berfungsi dengan baik.
  • Tidur yang cukup juga mempengaruhi kadar pengeluaran hormon oleh seseorang (pengeluaran hormon yang tidak normal meningkat risiko diabetes, aterosklerosis, tekanan darah tinggi dan osteoporosis.)
  • kurang tidur akan menyebabkan pengurangan sel-sel darah putih dan menjejaskan sistem imun.
  • Sel-sel pembunuh semula jadi dalam sistem imun kita turut terjejas akibat kurang tidur.

 

  1. Mengurangkan tekanan dan meningkatkan produktiviti
  • Stres membuatkan anda kurang cekap, tidak terurus dan kelam-kabut
  • Otak dapat berehat kerana tidak aktif dan tidak perlu memprosesterlalu banyak maklumat.
  • Tidur yang cukup menyalurkan oksigen yang cukup kepada otak.
  • Dapat melegakan badan dan mencergaskan minda.
  • Memastikan kadar denyutan jantung berada dalam keadaan stabil, dapat melegakan tekanan.

 

  1. Meningkatkan kebolehan mempelajari dan mengingati sesuatu perkara setiap hari.
  • Membantu minda dalam pengumpulan dan mengingati pembelajaran seharian
  • membantu kembali cergas
  • otak lebih segar danboleh berfikir dengan cepat dan tepat.
  • kekurangan waktu tidur menyebabkan hilangnya IQ dan ingatan, dan kemampuan bernalar
  • mengekalkan pusingan biologi yang sihat-menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca

 

  1. Mengekalkan kesihatan badan.
  • Kadar denyutan jantung berada dalam keadaan stabil.
  • mengurangkan risiko Kanser
  • Mengekalkan metabolic badan yang normal
  • Memastikan pembuangan toksin dijalankan dengan lancar.
  • Mengembalikan dan menyegarkan kembali tubuh serta fikiran

Sumber
Rujukan

Saiz Tilam King, Queen, Super Single dan Single di Malaysia

posted in: Bilik Tidur | 2

Berapakah saiz tilam King, Queen, Super Single dan Single?

Jawapannya seperti berikut:

King (double) = 72 in × 75 in (183 cm × 191 cm)
Queen (double) = 60 in × 75 in (152 cm × 191 cm)
Super single = 42 in × 75 in (107 cm × 191 cm)
Single = 36 in × 75 in (91 cm 191 cm)

Ilustrasi saiz-saiz tilam adalah seperti di bawah:

saiz-tilam-king-queen
Saiz tilam King, Queen, Super Single dan SIngle

Saiz-saiz yang dipaparkan adalah saiz yang biasa digunakan di Malaysia dan Singapura. Setiap produk cadar yang dijual di ButikCadar.com, kami menyatakan dengan jelas apakah saiz tilam yang sesuai untuk digunakan. Sebagai contoh Cadar Patchwork Quilt bersaiz 230 cm x 250 cm boleh dipakai pada tilam bersaiz King atau Queen yang saiznya lebih kecil iaitu 183 cm × 191 cm dan 152 cm × 191 cm.

Maklumat  lanjut mengenai saiz-saiz tilam di negara-negara lain boleh dirujuk di sini.